salam sejahtera untuk semua. masuk kali ini dah beberapa kali aku cuba untuk upload gambar yang lebih besar yang menepati citarasa aku. dulu aku dah cuba upload banyak kali, tapi yang keluar hanya thumbnail yang kecil-kecil. terus aku malas nak layan fotopages ini. seperti juga orang lain aku tak suka tengok thumbnail yang kecil-kecil sebab kena klik banyak kali untuk melihat gambar yang lebih besar. aku lebih suka keluar aja terus gambar besar.
mungkin untuk upload gambar yang mengikut saiz yang diingini ini terlalu teknikal untuk diterangkan, tapi secara ringkasnya aku simpulkan begini.
1. upload gambar pada mana-mana website yang menyediakan image hosting seperti www.flickr.com atau http://imageshack.us/
2. bila dah upload, contohnya jika masih di imageshack, klik pada thumbnail gambar yang masih di halaman imageshack itu. gambar yang diklik akan menjadi besar 100%.
3. pada gambar yang besar itu, klik dengan menggunakan RIGHT CLICK. kemudian keluar menu dan klik pada COPY IMAGE LOCATION (barisan ketiga).
4. kemudian pergi kepada halaman fotopages yang telah dibuka lebih awal, iaitu tempat untuk CREATE NEW ENTRY.
klik icon Img
kemudian copy url yang telah dicopy dari dari gambar di imageshack tadi (seperti langkah ketiga di atas)
satu lagi kalau tak salah aku kalau kita upload gambar dengan menggunakan browse dari fotopages ni, gambarnya jadi agak kabur dan kurang cantik. gunakanlah imageshack atau flickr. hidup imageshack, hehe... selamat mencuba...